Order Form

Name:
Email Address:
Alamat dan No. Tel:
Satus Order Anda (baca terma untuk maklumat lanjut) Serius saya nak beli TANPA deposit.
Serius saya nak beli DENGAN deposit
Emm, saya nak tanya jer :)
Nyatakan Kod dan Kuantiti:
Bungkusan akan dialamatkan : Alamat sama seperti soalan no-3
Alamat lain di semenanjung
Alamat lain ke Sarawak
Alamat lain ke Sabah/Labuan
Cara penghantaran: Pos Laju
Pos Parcel
Lain-lain perkara yang berkaitan (jika ada):

Form provided by Freedback.
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Kenali telur tiruan

Kita pernah digemparkan dengan cerita telur tiruan sedikit masa dulu. Ia sudah tentu mencetuskan kegusaran kerana telur tiruan ini berpotensi untuk memberi implikasi negatif kepada kesihatan kita jika diambil secara berterusan.

Bagaimanapun dengan tindakan pantas pihak berwajib kegiatan orang yang tidak bertanggungjawab mengedarkan telur tiruan ini telah dapat ditangani.

Saya mendapat permintaan daripada salah seorang teman Facebook saya supaya berkongsi tip bagaimana untuk mengenal-pasti telur tiruan setelah saya bertanyakan apakah cerita yang perlu saya tulis dalam ruangan saya ini.

Oleh itu pada minggu ini saya ingin bercerita bagaimana untuk mengenal-pasti telur tiruan.

Saya pasti panduan ini banyak sekali telah dikeluarkan dalam media tetapi mungkin ada sesetengah daripada anda terlepas pandang atau terlupa.

Saya juga ingin berkongsi fungsi telur dalam makanan kerana sesetengah makanan ada menggunakan telur sebagai bahan-bahannya.

Terdapat beberapa ciri-ciri telur tiruan yang boleh kita kenal pastikan iaitu kulitnya lebih berkilat berbanding telur asli.

Kemudian permukaan kulit agak

kasar dan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang kerana tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.

Apabila telur tiruan digoncang ia menghasilkan bunyi yang kuat kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan.

Ia juga mempunyai bau yang berbeza. Putih dan kuning telur sangat nipis dan ia akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan. Jika anda menggoreng telur tiruan ini, putih telur mudah merebak tanpa di sentuh.

Saya berharap anda dapat menjadikan panduan ini untuk mengenal-pasti telur tiruan dan supaya kita sebagai pengguna tidak mudah diperdaya dengan peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.

Telur boleh dimasak dan dimakan dengan pelbagai cara seperti direbus dan digoreng.

Bukan itu sahaja dijadikan lauk pauk, malah telur juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan dan mempunyai pelbagai fungsi tersendiri.

Telur berfungsi sebagai pengikat apabila digunakan dalam makanan seperti kek atau bebola daging.

Kesan ini akan mengikat makanan dan memberikan struktur kepada makanan yang dicampurkan dan makanan itu menjadi mampat dan tidak mudah terpisah atau berderai.

Telur yang dipukul mudah memerangkap udara dan jika ia digunakan dalam pastri seperti kek span dan seumpamanya maka akan menambahkan isipadu, menggebu dan meringankan kek.

Selain itu telur akan memberikan rasa lemak dalam pembuatan makanan terutama kek dan pastri.

Pasti anda sangat biasa dengan mayonis tetapi tahukah anda kuning telur yang digunakan dalam membuat mayonis berfungsi sebagai pengemulsi yang mengikat minyak supaya ia tidak terpisah.

Telur juga digunakan untuk melekatkan salutan seperti serbuk roti pada permukaan makanan sebelum digoreng.

Telur sering dijadikan penggilap yang disapu atas roti supaya kerak roti lebih lembut dan berkilat.

Untuk pengetahuan anda telur boleh memekatkan sup, kastard dan sos juga.

Ia dikenali sebagai agen untuk membekukan makanan dalam erti kata lain makanan yang menggunakan telur akan mengeras kerana telur mudah menjadi set apabila dikenakan suhu yang panas.

Selalunya makanan yang bercirikan kastard seperti krim karamel dan tat telur akan menjadi keras selepas anda memasaknya.

Sebenarnya banyak informasi telur yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca yang saya sayangi tapi tidak mengapa mungkin di keluaran akan datang saya akan berkongsi maklumat lain tentang telur pula. Apa kata anda cuba apam madu yang saya kongsi ini. Jumpa lagi!

(Sumber: Utusan Malaysia, Jumaat, 10 Feb 2012)

Tuesday, March 15, 2011

Jepun - Earthquake, Tsunami and Nuclear Reactor.....

Assalam;

Maklumat rasmi daripada IAEA:

International Atomic Energy Agency-IAEA

Buat yang Di Jepun semoga dipelihara oleh Allah, begitu juga buat semua di mana jua berada.

Maklumat rasmi daripada AELB:
AELB - Atomic Energy Licensing Board
Bacaan paras sinaran setakat semalam (14/3/11) masih normal, lihat disini

Namun selepas kejadian letupan hari ni belum ada data lagi.. mungkin nanti AELB update lagi.

Pendek kata, wake up call buat semua.......

-Ummi-

Wednesday, December 1, 2010

Istimewa untuk suami & isteri sahaja...

Godalah pasangan Suami & Isteri
Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedangdibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudiansemasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, "ops, maaf terpegang, taksengaja". Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ˜ummphhh!"

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada andaperkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear, ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidakbiasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda.

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti orang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini jugaboleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pastihatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.

Selamat mencuba.

Sumber: Forwarded email
(Nota - walaupun sumber asal ummi tak pasti, tapi rasanya info ini berguna untuk menghangatkan hubungan SUAMI/ISTERI - semoga ada manfaat untuk semua)

Salam sayang
-Ummi-

Tuesday, November 2, 2010

Insya Allah

Insha Allah
By: Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Tuesday, August 17, 2010

Analogi Kehidupan.... Bak... Balang Kaca .... ??

Salam Ramadhan Kareem;

Renung-renungkan, yang mana memenuhi balang anda?

---------------------------------------------------------------------------------

When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar..and the 2 cups of coffee...

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, wordlessly, he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous "yes."

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.

"Now," said the professor, as the laughter subsided, "I want you to recognize that this jar represents your life. The golf balls are the important things-your God, family, your children, your health, your friends, and your favorite passions -- things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house, and your car. The sand is everything else -- the small stuff.

"If you put the sand into the jar first," he continued, "there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you. Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children. Take time to get medical checkups. Take your partner out to dinner. Play another 18. There will always be time to clean the house and fix the disposal."

Take care of the golf balls first -- the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand."

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented. The professor smiled. "I'm glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend."

-Ummi-

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salam semua;

Selamat datang Ramadhan yang dirindu.
Selamat menjalani bulan ibadah buat semua.
Semoga segala ibadah diterimaNya.
Ummi juga nak ambil kesempatan untuk memohon maaf andai ada yang terkasar kata, tersasar tangan menekan keyboard segala. Maaf Zahir dan batin.

Tuesday, July 27, 2010

Cinta coklat? Cepat....


Salam;

Mesti ramai suka coklat kan. Kanak-kanak apatah lagi. Hari ni nak kongsi tentang buat coklat - cubaan pertama - Biasa beli sahaja. Terbaca satu entry ttg buat coklat kat sini. Itu yang buat ummi teruja nak buat. Rupanya senang aje.

Ummi guna :
selbourne coklat - Ready made coklat– Dark chocolate 1 kg –ada 5 pcs besar – coklat ni makan macam tu aje pun dah rasa cam yang dark cholate kat pasaran yang selalu kita jumpa tu
white cholate (guna sikit aje – satu pack tu ada 6 squares – 500 gm, ummi guna 2 sguares aje – boleh tukar strawberry
Chocolate mould – secukupnya

Caranya-
Double boilkan kedua-dua coklat secara berasingan
Dah cair – sudukan dalam chocolate mould – dark chocolate & white cholate – mengikut kreativiti
Biarkan sejuk (dah sejuk ummi masukkan dalam fridge sekejap)
Keluarkan dari acuan
Kejap je dah siap 80 pcs coklat yang comel-comel.
Selamat mencuba :)

Tuesday, July 13, 2010

Inspired Story About Small Deed

Salam;

Something to share...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

I was born in a secluded village on a mountain. Day by day, my parents plowed the yellow dry soil with their backs towards the sky.

I have a brother who is 3 years younger than me. I wanted to buy a handkerchief, which all girls around me seemed to have. So, one day I stole 50 cents from my father's drawer. Father had discovered about the stolen money right away.

He made me and my younger brother kneel against the wall as he held a bamboo stick in his hand. "Who stole the money?" he asked. I was stunned, too afraid to talk. Neither of us admitted to the fault, so he said, "Fine, if nobody wants to admit, you two should be beaten!"

He lifted up the bamboo stick. Suddenly, my younger brother gripped father's hand and said, "Dad, I was the one who did it!" The long stick smacked my brother's back repeatedly. Father was so angry that he kept on whipping my brother until he lost his breath. After that, he sat down on our stone bed and scolded my brother, "You have learned to steal from your own house now. What other embarrassing things will you be possibly doing in the future? You should be beaten to death, you shameless thief!"

That night, my mother and I hugged my brother. His body was full of wounds from the beating but he never shed a single tear. In the middle of the night, all of sudden, I cried out loudly. My brother covered my mouth with his little hand and said, " Sis, now don't cry anymore. Everything has happened."

I still hate myself for not having enough courage to admit what I did. Years gone by, but the incident still seemed like it just happened yesterday. I will never forget my brother's expression when he protected me.

That year, my brother was 8 years old and I was 11 years old. When my brother was in his last year of secondary school, he was accepted in an upper secondary school in the central. At the same time, I was accepted into a university in the province. That night, father squatted in the yard, smoking, packet by packet.

I could hear him ask my mother, "Both of our children, they have good results? very good results?" Mother wiped off her tears and sighed," What is the use? How can we possibly finance both of them?" At that time, my brother walked out, he stood in front of father and said,"Dad, I don't want to continue my study anymore, I have read enough books."

Father swung his hand and slapped my brother on his face. "Why do you have a spirit so damn weak? Even if it means I have to beg for money on the streets, I will send you two to school until you have both finished your study!"

And then, he started to knock on every house in the village to borrow money. I stuck out my hand as gently as I can to my brother's swollen face, and told him, "A boy has to continue his study; If not, he will not be able to overcome this poverty we are experiencing."

I, on the other hand, had decided not to further my study at the university. Nobody knew that on the next day, before dawn, my brother left the house with a few pieces of worn-out clothes and a few dry beans. He sneaked to my side of the bed and left a note on my pillow; "Sis, getting into a university is not easy. I will go find a job and I will send money to you."

I held the note while sitting on my bed, and cried until I lost my voice. That year, my brother was 17 years old; I was 20 years old. With the money father borrowed from the whole village, and the money my brother earned from carrying cement on his back at a construction site,finally, I managed to get to the third year of my study in the university.

One day, while I was studying in my room, my roommate came in and told me,"There's a villager waiting for you outside!" Why would there be a villager looking for me? I walked out, and I saw my brother from afar. His whole body was covered with dirt, dust, cement and sand. I asked him, "Why did you not tell my roommate that you are my brother?"

He replied with a smile, "Look at my appearance. What will they think if they would know that I am your brother? Won't they laugh at you?" I felt so touched, and tears filled my eyes. I swept away dirt and dust from my brother's body. And told him with a lump in my throat, "I don't care what people would say! You are my brother no matter what your appearance is?"

From his pocket, he took out a butterfly hair clip. He put it on my hair and said, "I saw all the girls in town are wearing it. So, I think you should also have one." I could not hold back myself anymore. I pulled my brother into my arms and cried.

That year, my brother was 20 years old; I was 23 years old. I noticed that the broken window was repaired the first time I brought my boyfriend home.

The house was scrubbed cleaned. After my boyfriend left, I danced like a little girl in front of my mother, "Mom, you didn't have to spend so much time cleaning the house!" But she told me with a smile,"It was your brother who went home early to clean the house. Didn't you see the wound on his hand? He hurt his hand while he was replacing the window."

I went into my brother's bedroom. Looking at his thin face, I felt like there are hundreds of needle pricked in my heart.

I applied some ointment on his wound and put a bandage on it, "Does it hurt? " I asked him. "No, it doesn't hurt. You know, when at the construction site, stones keep falling on my feet. Even that could not stop me from working." In the middle of the sentence, he stopped. I turned my back on him and tears rolled down my face.

That year, my brother was 23 years old; I was 26 years old. After I got married, I lived in the city. Many times my husband invited my parents to come and live with us, but they didn't want. They said, once they left the village,they wouldn't know what to do. My brother agreed with them. He said, "Sis, you just take care of your parents-in-law. I will take care of mom and dad here."

My husband became the director of his factory. We asked my brother to accept the offer of being the manager in the maintenance department. But my brother rejected the offer. He insisted on working as a repairman instead for a start.

One day, my brother was on the top of a ladder repairing a cable, when he got electrocuted, and was sent to the hospital. My husband and I visited him at the hospital. Looking at the white gypsum on his leg, I grumbled, "Why did you reject the offer of being a manager? Managers won't do something dangerous like that. Now look at you, You ar suffering a serious injury. Why didn't you just listen to us?"

With a serious expression on his face, he defended his decision, "Think of brother-in-law. He just became the director, and I being uneducated, and would become a manager, what kind of rumors would fly around?" My husband's eyes filled up with tears, and then I said, "But you lack in education only because of me!" "Why do you talk about the past?" he said and then he held my hand.

That year, he was 26 years old and I was 29 years old. My brother was 30 years old when he married a farmer girl from the village. During the wedding reception, the master of ceremonies asked him, "Who is the one person you respect and love the most?" Without even taking a time to think, he answered," My sister." He continued by telling a story I could not even remember.

"When I was in primary school, the school was in a different village. Everyday, my sister and I would walk for 2 hours to school and back home. One day, I lost the other pair of my gloves. My sister gave me one of hers. She wore only one glove and she had to walk far. When we got home, her hands were trembling because of the cold weather that she could not even hold her chopsticks.

From that day on, I swore that as long as I live, I would take care of my sister and will always be good to her."

Applause filled up the room. All guests turned their attention to me. I found it hard to speak, "In my whole life, the one I would like to thank most is my brother," And in this happy occasion,in front of the crowd, tears were rolling down my face again.

Moral of the story
==================
You may think what you did is just a small deed, but to that someone, it may mean a lot.

Have a nice day everyone! May this story inspire you in any way!

Friday, July 2, 2010

Flowers Are Red

Salam;

GURU (baca: ibubapa) yang manakah KITA?

Monday, June 21, 2010

Anda Pemandu Kereta? Saya rasa anda patut tahu tentang ini......

Salam;

Satu kisah benar yang berlaku minggu lepas (minggu ke-3 jun 2010); MR A (pemandu) & MR B ( penumpang) telah ke tempat X di 3B (Maaf nama dan tempat kejadian sebenar terpaksa dirahsiakan) memandu kereta **n** MR A atas urusan kerja. MR A telah keluar daripada kereta (kereta tidak berkunci). MR B tinggal dalam kereta sambil membelek-belek hp nya. Tak semena-mena dia disembur dengan penyembur cili dan dipaksa keluar daripada kereta. Dan si penyerang terus membawa kereta pergi dari situ.

* anda memang tak silap baca - kedua-dua MR A & B adalah lelaki
So, bagi wanita kena lebih hati-hati...

pengajaran..
- berhati-hati tak kira tempat
- awasi keadaan sekeliling
- sebaiknya cari tempat parking yang tidak tersorok
- sebaik keluar kereta pastikan kereta di kunci hatta kat stesen minyak
- bersiap dengan kunci kereta sebelum hampiri kereta.
- masuk kereta terus kunci pintu

Salam Sayang
-Ummi-

Friday, June 11, 2010

Dari Beirut ke Jerusalem - sebuah kisah benar

Salam;

Hati masih geram, marah dengan insiden Mavi Marmara dan Rachel Corrie... Baru "terbuka" mata dunia dengan sikap mereka di perairan antarabangsa - Memang orang Israel sikapnya ganas dan kejam.

Tadi masa keluar terlihat buku ini: dari Beirut ke Jerusalem - Gambar depannya - dua orang remaja palestin yang mendukung mayat adik perempuan meraka berusia tiga tahun amat meruntun jiwa. Buku ini tentang tragedi kem Sabra dan Shatila. Ditulis oleh Dr Ang Swee Chai (anak kelahiran Pulau Pinang). semoga Allah memberi hidayah kepada beliau atas usaha yang dilakukannya.

untuk lihat cover page dan details boleh klik pada title.

Thursday, May 13, 2010

Dosa-dosa & Facebook

Salam;

Artikel ini dipetik dari web Uzar. Untuk membaca yang ori boleh klik pada tajuk diatas.

Mudah-mudahan boleh dijadikan rujukan bersama semasa berfacebook juga berblog.

Salam Mesra

Yang ada facebook tapi jarang berfacebook....
-Ummi-

-------------------------------------------------------------------------------------
Dosa-Dosa & Facebook
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Mei 2010

Thursday, April 29, 2010

Nota MyGFL: Part 4 (last) : Kusyen Segiempat dan Kusyen Bulat

Salam;

Selamat menghias rumah....

1. Nota Jahitan Kusyen Segiempat
2. Nota Jahitan Kusyen Bulat

Ini bahagian terakhir nota MyGFL yang ada dalam simpanan ummi.

Salam Mesra
Ummi

Wednesday, April 28, 2010

Nota MyGFL: Part 3 - Pakaian Lelaki: Baju Melayu dan seluar Lelaki

Salam;

Kali ini pakaian lelaki pula :)

1. Nota Jahitan Baju Melayu
2. Nota Jahitan Seluar Lelaki v.1
3. Nota Jahitan Seluar Lelaki V.2

Selamat mencuba
ummi

Nota MyGFL - Part 2: Kemasan leher baju kurung

Salam;

Kemasan untuk leher baju kurung :)

1. Kemasan leher tulang belut
2. Kemasan leher mata lalat
3. Kemasan leher jahitan karipap

Selamat mencuba
Ummi

Nota MyGFL - Part 1 :Pakaian Wanita: Kebaya, Blouse dan Seluar Wanita

Salam,

Baru-baru ni ada bercerita dengan sesorang ttg buat blouse dan dress labuh (dear sis, if read this entry... you know who you're... good luck... semoga baju kita sama-sama siap :)) )

Tiba-tiba ummi teringat yang ummi pernah download nota dari web mygfl, bertahun yang lalu... dan sekarang ni nota tu dah tak ada kat web tersebut.

Jadi ada baiknya nota tersebut ummi share kat sini. Namun, PERINGATAN PENTING bagi sesiapa yang nak guna nota ini:

1. ummi tak dapat nak bantu/jawab apa-apa soalan tentang jahit baju/seluar etc. Ummi cuma bertaraf (kurang daripada) amatur... Sekiranya ada soalan harap bertanya pada mereka yang lebih arif..
2. Ummi tidak bertanggungjawab atas sebarang hasil/akibat menggunakan nota ini.
3. Happy sewing - semoga ianya bermanfaat.

Nota-nota tersebut adalah:
1. Nota Jahitan : Kebaya Leher V
2. Nota Jahitan : Blouse Wanita
3. Nota Jahitan : Seluar slek wanita

(Nota: nota ini bersumberkan bahan didownload daripada web mygfl)

Selamat mencuba
Ummi

Monday, April 26, 2010

Dahsyatnya Doa Ibu

Salam;

Ibu,

Doanya adalah penawar
juga racun berbisa

Ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar
masa depan yang gemilang
buat anak tercinta,
juga dapat menghancurkan
masa depan si anak derhaka

"petikan cover buku"


Hem, nak tengok covernya boleh klik kat tajuk ya, ummi tak snap gambarnya.
sebenarnya tak habis baca lagi, baru selak-selak depan, baca kata pengantar pun dah sebak dada.

Bagus dibaca semua wanita yang punya naluri keibuan anugerah daripada Allah...
dan doa adalah senjata yang paling ampuh...

Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia (andai pemilik tangan tersebut patuh pada Ilahi).

Salam Mesra,
Ummi

Thursday, April 15, 2010

Perkongsian: Doa pendinding dan pengerak

Salam;

Untuk dikongsi dan manfaat bersama.



Untuk kelebihan dan kegunaan doa ini sila klik pada tajuk.

Thursday, January 28, 2010

DIY - Drawer Organizer

Salam;

Dah lama tak kongsi sesuatu :)
Kali ni ummi nak kongsi tentang - DIY drawer organizer


*****



Yang ni Ummi guna plastic board - untuk bilik anak - sebelum ni guna foam board - tapi tak tahan lama. Plastic board ni boleh didapati di bahagian alatulis. Amat mudah dan oleh siap dalam setengah jam sahaja :)

******

Yang ni pula, dari kotak Cocoa Collagen yang ada. Daripada dibuang baik gunakan -
Let's recyle :) Kalau nak lagi cantik, patutnya balut dulu dengan kertas pembalut hadiah, tapi "M" dah terlebih, ummi stapler aje - 5 minit siap....



Dah diisi :) tak lah berselerak lagi....

Tuesday, October 20, 2009

Daripada ibu untuk ibu

Salam,

Entry kali ni tak ada kait mengait lansung dengan tudung, kain atau yang sewaktu dengannya. Saya rasa nak kongsi sesuatu dengan lain dari selalu dengan anda semua. Apa ye?Tips pengurusan rumah bagi ibu bekerja. Suri rumah sepenuh masa pun masih lagi ibu yang bekerja ye (24/7/30 tu…). Apa yang boleh kita (anda dan saya buat untuk kurangkan/mudahkan urusan mingguan di rumah yang tak pernah habis). Saya bukanlah yang terbaik dalam urusan rumahtangga, rumah pun biasa-biasa sahaja. Cuma bila pagi-pagi nak pergi kerja, terkejar-kejar… ADUHHHH… belum punsampai office, minda dah penat dibuatnya (ke saya seorang sahaja yang mengalami ini semua???)

Senarai yang saya letak kat sini, adalah dari pengalaman, pengamatan dan juga perkongsian insan disekeliling (TQ). Semoga yang baik boleh dikongsi bersama. Kalau ada nak tambah dan
komen pun boleh juga. Dialu-alukan.

1. Jika suami tinggal sekali, bincang dan minta bantuan darinya. Kalau tak, kena bincang dengan anak-anak - apa yang mereka boleh bantu.

2. Bila nak-anak bantu,terangkan apa yang anda mahu mereka lakukan, tak perfect, jangan marah, tegur baik-baik (kadang-kadang terbabas juga...)

3. Bagi tugasan untuk ahli keluarga. Anak kecil pun boleh membantu tau, contohnya masukkan pakaian kotor dalam bakul untuk dicuci. Anak yang dah bersekolah, boleh diajar cuci kasut sekolah sendiri. Juga lain-lain tugasan yang bersesuaian dengan umur mereka.

4.Bagi anak yang dah besar, boleh diberi kepercayaan untuk menguruskan/mengajar adik yang kecil mengurus diri. (E.g. seorang kakak A, ada 4 orang anak – 14, 12, 8 & 7 tahun, anak sulung bertanggungjawab ”jaga” yang umur 8 tahun, dan anak kedua kena ”jaga” adik yang 7 tahun. ”jaga” bermakna pastikan baju sekolah dah diiron, kasuh dah basuh, buku dah susun etc. Tak buat, nanti bagitau mak/ayah).

5. Bagi anak kecil yang dihantar ke nursery (juga yang transit tengahari), sediakan beberapa beg kecik cam shopping bag atau bakul - (anak saya ada 5 beg: isnin hingga jumaat. Pada hari ahad, saya isi semua bag dengan beberapa pasang baju dan aksesori lain cth towel kecil, plastik untuk baju kotor dan lain-lain.


6. Bagi anak yang menyusu botol. Sediakan banyak set botol susu. Letak siap-siap susu mengikut sukatan dalam botol yang dah kering. Efektif terutama waktu tidur malam dan nak keluar pagi ke nursery juga jalan-jalan.

7. Minta setiap ahli keluarga kemaskan ruang tamu sebelum masuk tidur, e.g. toy, kusyen, remote control dll. Tak sampai lima minit dah siap.

8. Sediakan bakul untuk mainan di tempat yang sesuai/anak suka bermain. Ajak/ajar anak untuk kemas mainan selepas selesai bermain (anak ku tak lulus lagi yang ni).

9.Beli barang basah hujung minggu, basuh bersih, sejatkan (tak perlu tunggu sampai kering) dan masukkan dalam bekas plastik dan simpan dalam peti ais. Saya buat cam ni untuk ikan, sayur – jenis buah, berdaun, ubi (carrot) juga untuk cili dan limau nipis. Manakala untuk bawang merah, bawang besar & bawang putih saya kupas untuk stok 2-3 hari (saya tak blend siap sebab cepat bertukar warna walau disimpan dalam peti ais).
(Nota: sangat efektif untuk yang masak setiap hari)

10. Cili kering, bawang dan bawang putih saya kisar dan masak siap-siap atas dapur. Nak lagi mudah masukkan terus garam, gula, belacan dll yang sesuai. Dah sejuk simpan dalam peti ais. Nak guna tambah sahaja ayam, udang dll. Saya guna ini juga untuk tumis mee atau nasi goreng.

11. Boleh juga masak kuah (e.g kari, masak kurma, asam pedas dll)lebih dihujung minggu, kemudian sejukkan, masukkan bekas plastic kecik-kecik dan disejukbekukan. Satu bekas untuk satu hidang.

12. kentang pun boleh rebus siap-siap dan masukkan dalam peti ais. Bila nak guna tak perlu masak lama-lama. Daging pun boleh guna teknik ni.

13. Untuk yang tak sempat masak boleh order dari www.mangkuktingkat.com atau request no tel dari kedai makan berhampiran rumah anda, call je lepas tu boleh cash and carry.

14. Pakaian sekolah/ kerja iron siap-siap untuk satu minggu.

15.Saya suka basuh baju lepas balik kerja (biasanya dua hari sekali), dan sidai sebelum tidur.

16. Nak jimat masa lipat baju, baju kurung, t-shirt, jubah - dari ampai terus ke almari.

lain kali sambung lagi....


Salam.