Order Form

Name:
Email Address:
Alamat dan No. Tel:
Satus Order Anda (baca terma untuk maklumat lanjut) Serius saya nak beli TANPA deposit.
Serius saya nak beli DENGAN deposit
Emm, saya nak tanya jer :)
Nyatakan Kod dan Kuantiti:
Bungkusan akan dialamatkan : Alamat sama seperti soalan no-3
Alamat lain di semenanjung
Alamat lain ke Sarawak
Alamat lain ke Sabah/Labuan
Cara penghantaran: Pos Laju
Pos Parcel
Lain-lain perkara yang berkaitan (jika ada):

Form provided by Freedback.

Tuesday, October 20, 2009

Daripada ibu untuk ibu

Salam,

Entry kali ni tak ada kait mengait lansung dengan tudung, kain atau yang sewaktu dengannya. Saya rasa nak kongsi sesuatu dengan lain dari selalu dengan anda semua. Apa ye?Tips pengurusan rumah bagi ibu bekerja. Suri rumah sepenuh masa pun masih lagi ibu yang bekerja ye (24/7/30 tu…). Apa yang boleh kita (anda dan saya buat untuk kurangkan/mudahkan urusan mingguan di rumah yang tak pernah habis). Saya bukanlah yang terbaik dalam urusan rumahtangga, rumah pun biasa-biasa sahaja. Cuma bila pagi-pagi nak pergi kerja, terkejar-kejar… ADUHHHH… belum punsampai office, minda dah penat dibuatnya (ke saya seorang sahaja yang mengalami ini semua???)

Senarai yang saya letak kat sini, adalah dari pengalaman, pengamatan dan juga perkongsian insan disekeliling (TQ). Semoga yang baik boleh dikongsi bersama. Kalau ada nak tambah dan
komen pun boleh juga. Dialu-alukan.

1. Jika suami tinggal sekali, bincang dan minta bantuan darinya. Kalau tak, kena bincang dengan anak-anak - apa yang mereka boleh bantu.

2. Bila nak-anak bantu,terangkan apa yang anda mahu mereka lakukan, tak perfect, jangan marah, tegur baik-baik (kadang-kadang terbabas juga...)

3. Bagi tugasan untuk ahli keluarga. Anak kecil pun boleh membantu tau, contohnya masukkan pakaian kotor dalam bakul untuk dicuci. Anak yang dah bersekolah, boleh diajar cuci kasut sekolah sendiri. Juga lain-lain tugasan yang bersesuaian dengan umur mereka.

4.Bagi anak yang dah besar, boleh diberi kepercayaan untuk menguruskan/mengajar adik yang kecil mengurus diri. (E.g. seorang kakak A, ada 4 orang anak – 14, 12, 8 & 7 tahun, anak sulung bertanggungjawab ”jaga” yang umur 8 tahun, dan anak kedua kena ”jaga” adik yang 7 tahun. ”jaga” bermakna pastikan baju sekolah dah diiron, kasuh dah basuh, buku dah susun etc. Tak buat, nanti bagitau mak/ayah).

5. Bagi anak kecil yang dihantar ke nursery (juga yang transit tengahari), sediakan beberapa beg kecik cam shopping bag atau bakul - (anak saya ada 5 beg: isnin hingga jumaat. Pada hari ahad, saya isi semua bag dengan beberapa pasang baju dan aksesori lain cth towel kecil, plastik untuk baju kotor dan lain-lain.


6. Bagi anak yang menyusu botol. Sediakan banyak set botol susu. Letak siap-siap susu mengikut sukatan dalam botol yang dah kering. Efektif terutama waktu tidur malam dan nak keluar pagi ke nursery juga jalan-jalan.

7. Minta setiap ahli keluarga kemaskan ruang tamu sebelum masuk tidur, e.g. toy, kusyen, remote control dll. Tak sampai lima minit dah siap.

8. Sediakan bakul untuk mainan di tempat yang sesuai/anak suka bermain. Ajak/ajar anak untuk kemas mainan selepas selesai bermain (anak ku tak lulus lagi yang ni).

9.Beli barang basah hujung minggu, basuh bersih, sejatkan (tak perlu tunggu sampai kering) dan masukkan dalam bekas plastik dan simpan dalam peti ais. Saya buat cam ni untuk ikan, sayur – jenis buah, berdaun, ubi (carrot) juga untuk cili dan limau nipis. Manakala untuk bawang merah, bawang besar & bawang putih saya kupas untuk stok 2-3 hari (saya tak blend siap sebab cepat bertukar warna walau disimpan dalam peti ais).
(Nota: sangat efektif untuk yang masak setiap hari)

10. Cili kering, bawang dan bawang putih saya kisar dan masak siap-siap atas dapur. Nak lagi mudah masukkan terus garam, gula, belacan dll yang sesuai. Dah sejuk simpan dalam peti ais. Nak guna tambah sahaja ayam, udang dll. Saya guna ini juga untuk tumis mee atau nasi goreng.

11. Boleh juga masak kuah (e.g kari, masak kurma, asam pedas dll)lebih dihujung minggu, kemudian sejukkan, masukkan bekas plastic kecik-kecik dan disejukbekukan. Satu bekas untuk satu hidang.

12. kentang pun boleh rebus siap-siap dan masukkan dalam peti ais. Bila nak guna tak perlu masak lama-lama. Daging pun boleh guna teknik ni.

13. Untuk yang tak sempat masak boleh order dari www.mangkuktingkat.com atau request no tel dari kedai makan berhampiran rumah anda, call je lepas tu boleh cash and carry.

14. Pakaian sekolah/ kerja iron siap-siap untuk satu minggu.

15.Saya suka basuh baju lepas balik kerja (biasanya dua hari sekali), dan sidai sebelum tidur.

16. Nak jimat masa lipat baju, baju kurung, t-shirt, jubah - dari ampai terus ke almari.

lain kali sambung lagi....


Salam.




No comments:

Post a Comment