Terma-terma Clearance Sale:

1. Sila baca terma sebelum isi order form.
2. Sale berlansung selama 4 minggu sahaja
a. Minggu 1 – (Ahad, 30/10 – Sabtu, 5/11)
b. Minggu 2 – (Ahad,6/11 - Sabtu 12/11)
c. Minggu 3 – (Ahad, 13/11 – Sabtu, 19/11)
d. Minggu 4 –(Ahad, 20/11 – Sabtu, 26/11)
3. Penghantaran hanya akan dilakukan setelah pembayaran penuh dilakukan.
4. Penghantaran hanya akan dilakukan pada hari Sabtu sahaja. 5. Pembayaran perlu diselesaikan selewatnya Jumaat setiap minggu sepanjang sale berlansung.
6. Order yang diterima hanya yang menggunakan order form sahaja.
7. Order akan diproses minggu ke minggu, contohnya bagi Minggu 1, order diterima dari Ahad – Khamis, akan dihantar pada Sabtu minggu yang sama. Manakala order yang diterima Jumaat dan Sabtu, akan dimasukkan dalam list minggu seterusnya.
8. Barang yang anda inginkan akan diproses mengikut status order anda, iaitu:
a. Serius saya nak beli TANPA deposit - barang akan reserve untuk 48 jam sahaja, selepas tempoh tersebut saya buka kepada yang lain, jika tiada pembayaran/email dari anda.
b. Serius saya nak beli DENGAN deposit - Minimum deposit RM 10, barang akan reserve sehingga dua sebelum hari penghantaran (Sabtu) yang terdekat. Sekiranya tiada pembayaran diterima, tanpa apa-apa makluman atau email, saya akan buka order kepada yang lain. Deposit tidak akan dipulangkan.
c. Emm, saya nak tanya jer – Order anda akan berada dalam waiting list. Sekiranya ada yang serius nak beli, mereka saya dahulukan.
9. Bagi heavy cotton, saiz potongan adalah turutan 0.5 m (e.g. 0.5m, 1m, 1.5m). Diskaun diberikan bagi jumlah pembelian minimum adalah 1 meter.
10. Diskaun hanya bagi barang yang berlabel “Clearance sale” sahaja.
11. Dengan mengisi order form dan "Submit form", anda bersetuju dengan terma diatas.

Order Form

Name:
Email Address:
Alamat dan No. Tel:
Satus Order Anda (baca terma untuk maklumat lanjut) Serius saya nak beli TANPA deposit.
Serius saya nak beli DENGAN deposit
Emm, saya nak tanya jer :)
Nyatakan Kod dan Kuantiti:
Bungkusan akan dialamatkan : Alamat sama seperti soalan no-3
Alamat lain di semenanjung
Alamat lain ke Sarawak
Alamat lain ke Sabah/Labuan
Cara penghantaran: Pos Laju
Pos Parcel
Lain-lain perkara yang berkaitan (jika ada):

Form provided by Freedback.

Wednesday, August 11, 2010

Jiwa kacau - Elak kehamilan tidak dirancang

Salam Ramadhan buat semua;

Terbaca berita ini di Harian Kosmo Online.

Mencabar hidup kita sebagai ibu bapa di zaman teknologi. Zina tidak lagi dianggap sesuatu yang HARAM dan WAJIB dijauhi. Penyelesaian masalah menggunakan cetek akal pemikiran manusia tapi "manual" yang diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Agung - Allah swt - dikesampingkan.

Bagi Ummi secara peribadi - ini cuma menggalakkan ZINA tetapi mengurangkan rasiko kelahiran bayi. Kenapa tidak ZINA yang diketengahkan sebagai isu pokok dan dicari penyelesaiannya. sikaranya SIFAR ZINA pasti juga SIFAR PEMBUANGAN BAYI.

Ya Allah lindungilah hambamu yang lemah ini.
-Ummi-
___________________________________________________________________

Sila klik untuk capaian dari Harian Kosmo:
Elak kehamilan tidak dirancang

Oleh NURUL IZZA ROSLY

HAMPIR setiap hari kita dihidangkan dengan berita pembuangan bayi yang tidak berdosa. Hakikatnya, mereka hanya menjadi mangsa nafsu serakah pasangan yang sedang mabuk asmara.

Kes pembuangan bayi mencatatkan peningkatan iaitu 407 kes di antara Januari hingga April tahun ini.

Difahamkan, hanya 111 remaja wanita yang tampil untuk mendapatkan bantuan mengenai masalah kehamilan mereka sepanjang empat bulan pertama tahun ini sedangkan yang lain sanggup membuang makhluk bernyawa itu seperti sampah.

Namun, isu ini bukan melanda Malaysia semata-mata malah masyarakat antarabangsa. Berdasarkan statistik oleh Bayer Schering Pharma Malaysia, seramai 80 juta wanita di seluruh dunia hamil tanpa dirancang setiap tahun.

Daripada 28 juta kehamilan di negara-negara industri, hampir separuh tidak dirancang.

Prihatin dengan masalah yang semakin menjadi barah ini, Majlis Kontrasepsi Asia Pasifik (APCOC), Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM) dan Persekutuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) telah bekerjasama dengan Bayer Schering Pharma Malaysia melancarkan kempen Ya, Saya Boleh (Yes I Can) baru-baru ini.

Kempen Yes I Can ini bertujuan membantu menangani isu kehamilan yang tidak dirancang dan pembuangan bayi di negara ini menerusi kesedaran dan pendidikan.

Ia juga dirancang secara unik untuk menarik masyarakat Malaysia menggunakan kreativiti dan menyertai peraduan sokongan untuk menangani isu yang dihadapi.

"Kempen ini diharapkan dapat menangani isu kehamilan tidak dirancang dan pembuangan bayi dengan memperkasakan wanita supaya memilih kaedah kontraseptif berasaskan pengetahuan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 melibatkan 1,700 remaja berusia di antara 13 dan 24 tahun menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai fungsi organ reproduktif mereka," kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman yang hadir merasmikan kempen tersebut.

Selain mendidik wanita muda mengenai kehamilan tidak dirancang dan pencegahan kehamilan, ia juga menggalakkan perbincangan terbuka antara mereka dan pakar penjagaan kesihatan profesional mengenai manfaat dan pilihan kontrasepsi yang berkesan.

Dengan melantik beberapa duta seperti pengacara dan selebriti tempatan, Julie Woon, model terkenal, Deborah Henry dan blogger pelancongan, Nicole Tan, kempen ini akan mengadakan pameran bergerak di beberapa universiti dan kolej terpilih di Lembah Klang selama tiga bulan berakhir November ini.

"Penganjuran kempen ini tepat pada masanya bagi mengekang masalah pembuangan bayi yang kian meruncing kini.

"Kumpulan sasaran kempen ini ialah golongan belia berusia 18 tahun ke atas. Antara lokasi yang akan kami kunjungi ialah Universiti Monash (10 Ogos), Inti Subang (11 Ogos), Segi Subang (17 Ogos), Taylor's Lakeside (1 September), Taylor's Hartamas (24 September) dan Kolej Sunway (27 September)," kata Julie Woon yang sangat teruja dengan kempen tersebut.

Dalam pada itu, satu seminar interaktif akan diadakan di setiap lokasi dengan penglibatan beberapa pakar berkaitan bagi membolehkan golongan terlibat berkongsi pengalaman, mengulas, memberikan pengetahuan serta menjawab persoalan yang diutarakan.

Di samping itu, ada juga Cabaran Ya, Saya Boleh, iaitu peraduan sokongan yang membolehkan orang ramai memberikan cadangan yang kreatif.

Mereka yang mencadangkan penyelesaian paling inovatif dan praktikal berpeluang memenangi RM10,000. Maklumat lanjut boleh didapati di www.yesican.com.my.

2 comments:

  1. kalaulah hukuman zina dalam islam dipraktikkan, mungkin gejala sebegini dapat dikurangkan kut. sekadar pandangan

    ReplyDelete
  2. Setuju Mila;

    Itulah maksud Ummi secara tersirat - sekiranaya mengikut manual - Hukum hakam yang Allah bagi pasti gejala ini dapat dikawal. Ini tidak masing-masing mengeluarkan cadangan kononnya untuk menyelesaikan padahal mengundang permasalahan yang lagi ketara. Termasuk jugak isu sekolah khas di Melaka untuk pelajar yang mengandung.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...