Order Form

Name:
Email Address:
Alamat dan No. Tel:
Satus Order Anda (baca terma untuk maklumat lanjut) Serius saya nak beli TANPA deposit.
Serius saya nak beli DENGAN deposit
Emm, saya nak tanya jer :)
Nyatakan Kod dan Kuantiti:
Bungkusan akan dialamatkan : Alamat sama seperti soalan no-3
Alamat lain di semenanjung
Alamat lain ke Sarawak
Alamat lain ke Sabah/Labuan
Cara penghantaran: Pos Laju
Pos Parcel
Lain-lain perkara yang berkaitan (jika ada):

Form provided by Freedback.

Thursday, January 28, 2010

Lycra Hairband: Giveaway.... giveaway... semua dijemput menyertai... Closing date: 26 Feb 2010

Salam;

Pertama kali Ummi adakan giveaway...



Hairband ni ada yang sesuai untuk anak-anak dan ada juga untuk dewasa
A- Printed lycra
B - lycra with buttons
C - lycra with bling-bling
D & E - flower girl
F & G - Love, love, love

Ummi akan pilih 8 (LAPAN) pemenang bertuah
Setiap seorang akan mendapat dua hairband
Pemilihan pemenang bertuah dan hairband yang dimenangi akan dipilih secara rawak

Tarikh tutup : 26 Feb 2010 (11.59 pm)
Pemenang akan dimaklumkan selewatnya pada 28 Feb 2010.

Bagaimana nak sertai?
Senang sahaja:

1. Jadi follower Ummi

2. Bagi yang ada blog,
2(a) buatkan satu entry tentang giveaway ini di blog anda, tinggalkan komen anda dientry ini beserta link kepada entry ttg giveaway yang anda dah buat di blog anda
2(b) dan linkkan blog anda dengan blog ummi

3. Bagi yang tiada blog, tinggalkan komen di entry ini dan emailkan tentang giveaway ini kepada lima orang kenalan anda (cckan kepada sentuhan_jemari_ummi@yahoo.com) - pastikan anda masukkan link giveaway ini didalam email tersebut

(kalau anda gunakan kedu-dua cara - penyertaan akan dikira sebagai dua)

Maklumat Tambahan
# Sebaiknya dalam komen anda nyatakan hairband yang anda suka ... mana tau ada rezeki boleh dipertimbangkan...

# Ummi benarkan gambar hairband untuk digunakan dalam entry anda

# jika ada pertanyaan boleh hubungi ummi tentang giveaway ini...


Selamat mencuba....

DIY - Drawer Organizer

Salam;

Dah lama tak kongsi sesuatu :)
Kali ni ummi nak kongsi tentang - DIY drawer organizer


*****



Yang ni Ummi guna plastic board - untuk bilik anak - sebelum ni guna foam board - tapi tak tahan lama. Plastic board ni boleh didapati di bahagian alatulis. Amat mudah dan oleh siap dalam setengah jam sahaja :)

******

Yang ni pula, dari kotak Cocoa Collagen yang ada. Daripada dibuang baik gunakan -
Let's recyle :) Kalau nak lagi cantik, patutnya balut dulu dengan kertas pembalut hadiah, tapi "M" dah terlebih, ummi stapler aje - 5 minit siap....



Dah diisi :) tak lah berselerak lagi....